Faizal AF4 Muncul Dengan Single Terbaru

on 8 Feb 2012

Faizal AF4 Bakal Muncul Dengan Single Terbaru Setelah Lama Menyepi Dari Dunia Seni Tanah Air

Single Terbaru Faizal Juara Akademi Fantasia 4

Bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-4 yang juga merupakan juara AF4 , Faizal dikhabarkan bakal muncul tidak lama lagi dengan membawa single terbarunya hasil kerjasama dengan salah seorang ahli kumpulan rock tanah air yang juga merupakan seorang komposer, Awang BPR. 

Buat pengetahuan para pembaca, penampilan terakhir Faizal dalam dunia seni tanah air adalah pada penghujung tahun 2009 melalui sebuah filem bertajuk Pulau Asmara. Apabila ditanya mengapa beliau menyepi diri hampir 3 tahun, Faizal menjawab dia dikhianati oleh rakannya sendiri. 

Selain itu, tohmahan yang dilontarkan keatasnya tentang tuduhan penglibatannya dengan najis dadah juga sedikit sebanyak mematahkan semangatnya dalam dunia seni. Namun begitu, beliau menganggap semua dugaan dan cabaran yang dilaluinya sebelum ini adalah sebagai pengajaran buatnya untuk terus tabah menempuhi dugaan yang mendatang. Faizal kini sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun. 

Bercakap mengenai single terbarunya itu, Faizal akan memilih lagu-lagu yang terbaik untuk diterbitkan pada bulan April nanti. Pada peminat Faizal AF4, jangan lupa beri sokongan pada beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni.


Sumber: mStar
Tag :

Ana Rafali Pakai Tudung

Ana Rafali pakai tudung yess!! Alhamdulillah rasa sejuk hati RR dengan berita Ana Rafali kini memakai tudung. Syukur kerana terbukanya hati AR pada maulidur rasul kali ini. Mungkin ini hidayah dari Allah.

Ana Rafali Pakai Tudung
Klik Untuk Besarkan (Gosip Artis)
Seriously RR rasa Ana sangat berseri dan manis plus sweet dengan imej bertudung ini. Iyalah terpeliharanya aurat seorang muslimah (amin). Bagai mana pula Ana Rafali boleh terbuka hati untuk memakai tudung?

Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan... Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung," kongsi Ana Raffali dengan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.

Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. 'It felt right.' Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata 'Alhamdullilah'.

Betapa gembiranya ibu bapa melihat perubahan Ana kepada imej yang lebih baik dalam islam. Jika sebelum ini di maklumkan Ana hanya bertudung ketika hendak ke majlis keagamaan dan sepanjang persekolahan. Jelas Ana lagi :-

Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna.

See Allah memberikan hidayah pada maulidur rasul kali ini kepada Ana. RR berharap Ana berteruskan kekal dengan imej pakai tudung dan begitu juga dengan astis islam lainnya agar turut mendapat hidayah memakai tudung.
Tag : , ,

Kanak-kanak 18 bulan maut digilis kereta bapa


Seorang Kanak-kanak 18 bulan maut selepas digilis kereta oleh bapa kandungnya sendiri. Kisah ini sangat menyayat hati bagi RR yang berlaku di Kampung Dusun, Kuala Lipis kelmarin yang mengakibatkan kematian.

Kanak-kanak malang yang bernama Nurfazliyana Jais itu, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian petang itu.

Menurut siasatan polis mengenai kejadian ini, sebelum maut digilis, kanak-kanak itu sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain. Ketika itu bapanya yang berumur 45 tahun sudah berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.

Sesuai dengan peribahasa "malang tidak berbau", Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya. Lebih menyayat hati adalah mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek.

Pelanggaran itu menghasilkan bunyi yang kuat seakan-akan ada benda terhantuk sehingga menyedarkan ibu mangsa yang ketika itu tidak berada ditempat kejadian. Jenazah Kanak-kanak maut digilis kereta bapanya sendiri ini dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul", itulah peribahasa yang dapat digambarkan untuk keluarga malang ini. RR doakan semoga ibu dan bapa kanak-kanak ini tabah menghadapi ujian diatas kejadian yang berlaku. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..
Tag :

PENJELASAN ADIRA ISU PEGANG ANJING

on 7 Feb 2012

PENJELASAN OLEH ADIRA SENDIRI TENTANG ISU GAMBAR KONTROVERSINYA BERSAMA SEEKOR ANJING

Penjelasan Gambar Adira Pegang Anjing
Gambar Adira Bersama Seekor Anjing

Baru-baru ini, sekeping gambar kontroversi Adira bersama seekor anjing tersebar meluas di banyak blog Malaysia. Pada mulanya gambar kontroversi tersebut dikeluarkan melalui salah satu laman hiburan terkenal, namun telah disebarkan setelah ramai blogger lain mengetahuinya. Dalam gambar tersebut wanita yang dikatakan Adira sedang memeluk seekor anjing. Buat pengetahun anda, Adira merupakan seorang wanita Islam berasal dari Sabah. Beliau mula bergelar seorang penyanyi setelah menyertai satu program realiti TV mencari bakat nanyian iaitu Akademi Fantasia atau AF. Sebelum ini sudah macam-macam gosip yang melanda artis muda ini, contohnya isu tuduhan lesbian terhadapnya.

Bagi mengelakkan gosip ini berlarutan, tuan punya badan tampil memberi penjelasan tentang isu gambar kontroversi tersebut. Berikut adalah petikan penjelasan Adira tentang gambar kontroversi tersebut semasa ditemubual oleh wartawan mStar:


"Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam. Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar. Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan. Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan."

Begitulah penjelasan Adira tentang isu kontrevesinya gambar adira pegang anjing. Moga dengan adanya penjelasan itu, peminat Adira akan terus setia menyokongnya dan tidak memanjang-manjangkan isu tersebut. Nasihat buat Adira pula, berhati-hatilah selepas ini dalam setiap perbuatan kerana kehidupan seorang artis akan sering diperhatihan oleh masyarakat sekeliling. Pelbagai gosip liar akan sengaja ditimbulkan oleh pelbagai pihak terutamanya dari laman blog hiburan yang ingin mengejar trafik yang tinggi.


Tag : ,

Gambar Adira Pegang Anjing - AF8

on 6 Feb 2012

Gambar Adira pegang anjing tersebar? Adakah gambar yang di kecohkan pada Adira itu betul pegang anjing atau sebaliknya. Memang benar gambar yang tersebar itu adalah Adira AF8, namun yang anjing sedang di dakap di gambar itu adakah benar haiwan atau patung.

Gambar Adira Pegang Anjing - AF8

Ulasan RR tentang gambar Adira ni, tidak nampak jelas adakah ianya haiwan atau pun hanya sekadar patung anjing yang di pegangnya itu. Memandangkan beliau adalah islam dan selebriti sudah tentu kita tertanya. Namun jika penyayang pada patung sekali pun, kenapa lah pilih patung ajing (haha).




1001 hal gosip artis Malaysia kan? Tapi jujurnya bagi RR Adira bukannya terlalu cetek sangat fikiran hingga snap  gambar/picture memegang anjing untuk menjatuhkan nama baik dalam carier. lagipun Pada RR ianya kelihatan lebih kepada patung sebab kepalanya terpusing sampai begitu sekali flexibel.
Tag : , ,

All Post

on 4 Feb 2012

All Post


Tag :

Berita Online

Berita Online
Berita online Malaysia !! ya pada blog ini akan di siarkan segala berita online dan info terkini yang akan di tapis dahulu kepada yang menarik dan penting sahaja.  Di mana di ambil dari sudut hiburan artis, pelajaran ilmiah, dunia, nasional, politik dan sebagainya.

Semoga blog berita online ini memberikan info terkini yang tepat dan sahih sebagai santapan riadah dan bacaan setiap hari bagi rakyat yang dahagakan bahan bacaan yang terkini.


Sekian dahulu artikel penggulungan blog berita online ini. Ini adalah artikel pertama sempena pembukaan blog berita online ini.
Tag :
 
© Akhbar Online | Berita Online | Gosip Artis | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO