PENJELASAN ADIRA ISU PEGANG ANJING

on 7 Feb 2012

PENJELASAN OLEH ADIRA SENDIRI TENTANG ISU GAMBAR KONTROVERSINYA BERSAMA SEEKOR ANJING

Penjelasan Gambar Adira Pegang Anjing
Gambar Adira Bersama Seekor Anjing

Baru-baru ini, sekeping gambar kontroversi Adira bersama seekor anjing tersebar meluas di banyak blog Malaysia. Pada mulanya gambar kontroversi tersebut dikeluarkan melalui salah satu laman hiburan terkenal, namun telah disebarkan setelah ramai blogger lain mengetahuinya. Dalam gambar tersebut wanita yang dikatakan Adira sedang memeluk seekor anjing. Buat pengetahun anda, Adira merupakan seorang wanita Islam berasal dari Sabah. Beliau mula bergelar seorang penyanyi setelah menyertai satu program realiti TV mencari bakat nanyian iaitu Akademi Fantasia atau AF. Sebelum ini sudah macam-macam gosip yang melanda artis muda ini, contohnya isu tuduhan lesbian terhadapnya.

Bagi mengelakkan gosip ini berlarutan, tuan punya badan tampil memberi penjelasan tentang isu gambar kontroversi tersebut. Berikut adalah petikan penjelasan Adira tentang gambar kontroversi tersebut semasa ditemubual oleh wartawan mStar:


"Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam. Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar. Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan. Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan."

Begitulah penjelasan Adira tentang isu kontrevesinya gambar adira pegang anjing. Moga dengan adanya penjelasan itu, peminat Adira akan terus setia menyokongnya dan tidak memanjang-manjangkan isu tersebut. Nasihat buat Adira pula, berhati-hatilah selepas ini dalam setiap perbuatan kerana kehidupan seorang artis akan sering diperhatihan oleh masyarakat sekeliling. Pelbagai gosip liar akan sengaja ditimbulkan oleh pelbagai pihak terutamanya dari laman blog hiburan yang ingin mengejar trafik yang tinggi.


Ranking: 5

Respons :

{ 10 comments... read them below or add one }

  1. menghalalkan yang haram...tuihhh...

    ReplyDelete
  2. makan anjing yela haram.(tanpa darurat)
    pegang anjing tak haram pn hukumnya.
    aihh laa..tu pn diorg nk kecohkan.
    tinggal samak je pn.

    *n tak haram pn klu nak bela anjing.
    yg seksa anjing tu ha yg haram. :)

    ReplyDelete
  3. berpegang tangan,berpelukan laki & perempuan dalam TV...atas pentas...di khalayak ramai...terang2 adalah haram dan berdosa...tapi takde siapa pun yg bising....pegang anjing tak berdosa...hanya perlu samak 1 kali air tanah dan 6 kali air biasa....kalau dalam mazhab maliki hanya perlu samak apa2 yg keluar dari mulut anjing sahaja contoh spt air liur anjing.

    dosa riba lebih teruk dari makan babi dan pegang anjing,riba termasuk dalam 7 dosa besar...riba,buka aurat,bersentuhan bukan muhrim adalah berdosa dan perlu bertaubat tetapi babi dan anjing tiada apa2 dosa dan tak perlu bertaubat kalau terpegang dan hanya perlu samak sahaja dalam mazhab syafie.

    ReplyDelete
  4. mengharamkan benda yang halal...mana ada haram pegang anjing.. anjing tu NAJIS..ingat, NAJIS MUGHALLAZAH...dan najis ada cara utk bersihkan... blajar agama, jgn jadi agama ikut ikutan...:)

    ReplyDelete
  5. Salam----Hadis awal yang berkait sehingga timbulnya hukum tentang anjing adalah: Apabila pada suatu hari rasulullah pergi ziarah ke khemah orang Islam Badwi dipadang pasir. Baginda melihat bagaimana Anjing peliharaan orang Badwi itu berkeliaran dan ada yang sedang menjilat air dari Bejana( Tembikar berisi air) yang terletak diatas tanah.Selepas itulah keluar hadis dari baginda yang berbunyi: " TUTUPLAH BEKAS BEJANA MAKANAN DAN MINUMAN KAMU DAN JAUHKANLAH DARI LIDAH ANJING "...Saya yakin hadis itu keluar dari Raslullah kerana aspek KEBERSIHANnya ( bukankah lidah anjing mengandungi kuman dan kekotoran? Orang Badwi yg tinggal dipadang pasir dan buang air besar hanya dengan megorek pasir yg tentu sekali boleh digali oleh anjing tersebut...kotor!!!!Selepas baginda meninggalkan lokasi tersebut maka pelbagailah INTERPRETASI/TAFSIRAN orang ramai tentang hadis tersebut tanpa ada yg mahu bertanya dengan lebih lanjut.Mereka berbincang sesama sendiri - Mengapa lidah anjing? Mengapa Rasulullah tidak menyebutkan kulit anjing?Lalu ada TAFSIRAN yang berkata...kalau anjing itu kering, maka tak najis...kalau basah baru najis....perbalahan dan telingkah terus hingga Mazhab Shafie yang dianggap sangat KERAS dan KETAT memegang hukum lalu ters menghukumkan NAJIS menyentuh anjing!Kalau kita ke Madinah dan memasuki kampung kampung orang Arab dan Badwi disana mereka masih memelihara anjing!Anak anak mereka memeluk dan tidur dengan anjing peliharaan mereka...Kalau anda ke Mekah ziarahlah ke Madinah terutama dikawasan kampung yang ada memelihara Unta atau Kambing Bebiri...Begitu juga jika anda ke Iraq dan Iran...mereka juga memelihara anjing sebagai pet dan sebagai penjaga ternakan....saya setju dengan saudara diatas...pegang tangah lelaki wanita bukan muhrim tu lebih haram dari pegang anjing.....kebiasaan itu patut di basmi dulu...tak payah bangkit isu kecil seperti ini.Anjing malah disebut dalam Quran sebagai haiwan yang sangat setia pada tuannya sehingga anjing peliharaan pemuda beriman dalam Gua Al Kahfi tetap hidup dan bangkit bersama tuannya selepas ratusan tahun berlalu!!!!

    ReplyDelete
  6. tu la pasal.. diorang nih saja nak hebohkan cerita padahal pegang anjing bukannya dosa.. hanya perlu bersihkan sj. nak dijadikan isu buat apa... pelik2.. kesian adira kena gosip mcm tuh.

    ReplyDelete
  7. itula org kita ni...
    ada2 saja cara nk menjatuhkan org sendiri...

    ReplyDelete
  8. yg penting dia dah samak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Lepas pegang anjing tu yg peting samak. Itu sahaja jawab nya. Presepsi org mmg haruhs di ubah :D

      Delete
  9. ape nk bising2? dlm malaysia byk lelaki dn perempuan bpegangn tangan, bpelukn dn bcumbuan belum tentu leh samak lagi. si adira tue biar la Allah S.W.T mnentukn.... bkn pe nk mnambahkn lg dosa kering je, lg pun kita semua dh byk mlakukn dosa dgn mjaga tepi kain org je, bkn dpt duit pun mnambahkn dosa ada la...

    ReplyDelete

 
© Akhbar Online | Berita Online | Gosip Artis | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO