Seorang Kanak-kanak 18 bulan maut selepas digilis kereta oleh bapa kandungnya sendiri. Kisah ini sangat menyayat hati bagi RR yang berlaku di Kampung Dusun, Kuala Lipis kelmarin yang mengakibatkan kematian.
Kanak-kanak malang yang bernama Nurfazliyana Jais itu, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian petang itu.
Menurut siasatan polis mengenai kejadian ini, sebelum maut digilis, kanak-kanak itu sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain. Ketika itu bapanya yang berumur 45 tahun sudah berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.
Sesuai dengan peribahasa "malang tidak berbau", Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya. Lebih menyayat hati adalah mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek.
Pelanggaran itu menghasilkan bunyi yang kuat seakan-akan ada benda terhantuk sehingga menyedarkan ibu mangsa yang ketika itu tidak berada ditempat kejadian. Jenazah Kanak-kanak maut digilis kereta bapanya sendiri ini dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul", itulah peribahasa yang dapat digambarkan untuk keluarga malang ini. RR doakan semoga ibu dan bapa kanak-kanak ini tabah menghadapi ujian diatas kejadian yang berlaku. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..
takziah..jgn cuai mcm ni..
ReplyDelete